"All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing." - Edmund Burke

Thursday, 16 June 2011

Politik Malaysia

What is politics?

Persoalan ini la yang aku selalu hadap (dalam bentuk exam) time aku blaja dulu memandangkan aku study dalam lapangan itu. Dari exam pertame sampai exam terakhir aku kat U dulu sume nyer sangkut paut politik je tak kisah la pasal political economy ke, international politic ke or domestic politic (sampai naik menyampah + nak muntah ijau dengar perkataan tu). Tapi yang pasti when we study about politics, it doesn't mean we will be a politician. Bagi aku, bile aku study politic aku dpt taw selok belok politik dan betape kotornye politik itu. Dan semestinya aku langsung tak ade cita-cita pun nk jadi ahli politik. Tapi kite tak boleh nak salahkan terma 'politik' itu semate-mate, kerana yang membuatkannya menjadi buruk adalah org2 yang bergelar 'ahli politik' itu sendiri.

Jadi ape itu politik?...banyak ahli falsafah yg memberi definisi kepada terma politik ni. Antaranye adalah the famous Greek Trio iaitu Aristotle, Plato dan Socrates. Kalau blaja politik tapi tak kenal diorang bertiga ni tak taw la. Ade banyak definisi politik ni sebenarnya dan antara yang terbaek aku rasekan adalah; a tool or process by which groups make a collective decision, a tool to manage conflict,dan a method to managing resources for the community. Tapi aku tak nak terangkan sgt definisi politik kat sini sebab lain orang lain penilaian dan penterjemahan nya kan?


Aristotle
Plato
Socrates


Yang aku nak sentuh kat sini adalah terma political animal (haiwan berpolitik),yang ditimbulkan oleh trio yang tadi tu (Aristotle terutamanye). Ape yang dimaksudkan dgn haiwan politik ni? Macam ni, according tu Aristotle (wat muke siyes), manusia ni tak banyak berbeza dengan haiwan. Cume ape yang membezakan manusia dengan haiwan adalah manusia itu pandai berpolitik.  Menururt beliau, manusia juga adalah sejenis haiwan (mempunyai sifat, naluri dan nature seperti haiwan) tetapi ia pandai berpolitik. So sebab itulah beliau mengatakan manusia itu adalah political animal (haiwan politik atau bahasa kasarnya binatang yg berpolitik). Pada pandangan Aristotle, manusia ni pada dasarnye hidup harmoni dalam kelompok mereka dan akan berkonflik apabila timbulnye sesuatu isu yang mendatangkan ketidakpuasaan hati. Dan manusia ini akan menjadi seperti haiwan dengan membuang jauh2 aspek morality untuk mencapai apa yang mereke hajati, politically.

Tapi itu semua definisi2 yang dibuat secara universal. Cube kite tengok situasi di negara kite pulak, wujud ke spesis haiwan2 berpolitik ni? Kalau wujud, dalam bentuk apekah mereka? Babi? Kerbau balau? Kucing Parsi? ataupun dalam bentuk Ayam katek?


Ini kah contoh jenis haiwan politik yang terdapat di negara kita?

Skandal seks, fitnah-memfitnah, menjatuhkan maruah peribadi lawan, rasuah dan banyak lagi salah laku haiwan2 politik kat negare kite, yang kite boleh dengar kat tv dan internet sekarang. Malah aku rase haiwan (atau bahasa kasarnye, binatang) pun tak buat semua bende2 ni. Seekor kucing tidak akan menyebarkan video seks musuhnye iaitu si anjing untuk menjatuhkan maruah anjing. Dan si babi pula tidak akan sesekali cube merasuah beruang matahari untuk mendapatkan projek yang bernilai RM berbillion-billion. Si burung hantu pule tidak akan sesekali mempergunakan/mempermainkan agama untuk meraih undi burung2 lain di hutan. Dan paling hebat, si musang langsung tidak bersifat racist/perkauman atau memilih bulu dengan begitu selambe nye die menyusukan anak si harimau belang. Dan tidak pernah kite lihat binatang-binatang kat hutan sane melakukan rusuhan dan huru-hara, malah dorang sume hidup harmoni.


Anjing pun boleh susukan anak harimau


Jadi, apakah tidak terlintas kat kepala otak kite manusia ni yang diberikan Allah akal untuk berfikir dan membezakan mane yang baik dan yang mane yang buruk? Apakah kite suke meletakkan diri kite (yang katenye sebaik-baik kejadian yang Allah jadikan) lebih teruk dari binatang? Adakah dengan perilaku-perilaku tidak bermoral itu (seperti yang disebut sebelum ini) akan menjadikan kite manusia yang lebih bertamadun?

Tidak perlu aku mention kat sini tentang kes-kes yang dilakukan oleh haiwan2 politik kat negare kite ni, banyak sangat. Tapi aku nak tanye korang di mane silapnye politik yang diamalkan oleh haiwan2 politik kat negara kite ni? Adakah disebabkan wang? Adakah disebabkan nafsu seks semate-mate? Atau adakah disebabkan perasaan hasad dengki sesame manusia?

Bagi aku ia terlampau mudah untuk menyatakan sebab2 yang aku cakap sebelum, ini sebagai punca haiwan2 politik kat negara kite ni berkelakuan sedemikian. Itu semua bagi aku adalah excuse yang paling mudah untuk mereka nyatakan. Dari ape yang aku fikirkanlah, agama is what they're lack hingga menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian. Cube pikirkan, bile kite sentiase igt kat Allah adakah kite akan melakukan perbuatan zina? Bile kite igt kat Allah, adakah kite akan rakam dan sebarkan video seks orang lain dgn tujuan menjatuhkan maruah dan menyerang peribadi? Adakah Islam menyuruh kite bersikap perkauman dgn mengagungkan2 bangsa sendiri dan pada masa yang sama menindas bangsa yang lain? kite harus igt hanya orang2 Yahudi saja yang terlampau mengagungkan bangsa mereka, adakah kite juga akan menjadi seperti mereka sehingga dilaknat oleh Allah? Dan adakah dengan mengkafirkan sesame muslim akan menjadikan kite lebih warak?

Sedarlah wahai haiwan2 politik di Malaysia semua, kembali lah ke jalan Allah. Jangan diikutkan telunjuk syaitan tu. Sedangkan binatang pun berkasih-kasihan sesame mereka inikan kite manusia yang diberikan oleh Allah akal fikiran. Ingat, anda dipilih sebagai pemimpin untuk berkhidmat kepade kami, bukan kami berkhidmat untuk anda wahai haiwan-haiwan politik semua. Situasinye adalah tuan memilih hamba, bukan hamba memilih tuan...INGAT TU!...Anda gagal menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada anda wahai haiwan politik semua, anda yang akan menjawab di hadapan Allah di akhirat nanti, Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

yang bulan ke...

yang dacing ke...

yang mate ke...

yang rocket ke...
....SEMUA SAME JE!!! HIPOKRIT!


P/S: Kadang2 aku rase lebih senang cakap ngan binatang dari cakap ngan haiwan2 politik ni, at least aku taw binatang tu tak paham ape yang aku cakap. Bukan macam haiwan2 politik ni yang paham tapi buat2 tak paham.

2 comments:

  1. masalahnya kadang2 yokies tak paham cakap yana =,=

    ReplyDelete
  2. tak pe la,tak la saket aty sgt sbb kite taw yokies mmg tak kan phm punyer....agagaga

    ReplyDelete