"All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing." - Edmund Burke

Friday, 17 June 2011

Lelaki Bisikan Anjing

Ha jangan nak pikir yang bukan2 plak yer...tajuk post tu bukan sebab nak kutuk sesape....hehe

Korang pernah tgok show Dog Whisperer tak kat Nat Geo? Kalau tak pernah, aku sarankan korang tgok la, sebab show tu..................best!...haha. Aku pun tak sengaja tertengok ari tu dan tak sangke plak citer ni best.   Show ni di conduct oleh Cesar Millan pakar psikologi anjing.

Dog Whisperer mengisahkan tentang Cesar Millan sebagai pakar perunding psikologi anjing yang boleh menukarkan anjing2 yang kurang patuh dan lansung tak patuh kepada seekor anjing yang patuh, berdisiplin dan beriman. Dalam show tu die tunjuk macam mane owner2 anjing yang berhadapan dengan ketidakpatuhan hanjing ini akan memanggil Cesar Millan untuk menunjukkan cara sebenar untuk melatih anjing mereka. Dan aku nak habaq kat hangpa suma, si Cesar Millan ni memang awsomely terel dalam meng'handle' anjing2 itu dan menukarkan mereka menjadi berdisiplin dan patuh kepada tuannya.

Cesar Millan bersame anjing2 nya...
Ape yang ditunjukkan kat show tu menunjukkan kehandalan si Cesar Millan ni untuk berkomunikasi dan menyelami psikologi anjing2 yang bermasalah ini dengan mudah sekali seperti die mcm boleh bercakap dengan anjing itu (pasai tu la name show ni Dog Whisperer). Dah macam ade instinct anjing si cesar Millan ni. Tapi dalam banyak hal, Cesar tak menyalahkan anjing di atas kelakuan anjing2 tu tetapi die banyak mengatakan yang segala2 nye datang dari tuan punyer anjing tersebut;

"It’s not about the dog. It’s always about us. It’s always about the owner. It’s up to us to create an environment and circumstances in which the dog can thrive and be itself.”

Lihat, kami serupa....!

"To be happy, (dogs) basically need a good job, and good food, and a pat on the head. Americans tend to over-do on the affection and under-do on the exercise."


Dan sape sebenaqnya si Cesar Millan ni?


Name panjang beliau adalah Cesar Millan, tu jela...hehe. Dia dilahairkan di Culiacan, Sinaloa, Mexico oleh pasangan Felipe Millan Guillen (ayah) dan MarĂ­a Teresa Favela de Millan (mak). Dia mempunyai sejarah yang lama dengan haiwan, di mana dia membesar dengan suasana di kelilingi oleh haiwan di ladang datuknya di Sinaloa, Mexico. Dia di gelar El Perrero (the dog boy) oleh family membernye kerana kebolehan semulajadinya bergaul bersame anjing.


Kemudian pada umurnya 21 tahun, die secara haram telah menceroboh sempadan Amerika untuk berhijrah ke Amerika. Ish3, pendatang haram rupenye ko ni Cesar. Hanya berbekalkan semangat, tanpa boleh berkomunikasi dalam english dan tidak mengenali sesiapa di Amerika, Cesar Millan mencari rezeki di tampat baru. Die pada mulanya bekerja di sebuah kedai penjagaan anjing, di mana kerja sehariannya adalah berurusan dengan anjing2 yang ganas, liar dan tidak terlatih. Di sini kebolehan semulajadinya bekerja dengan anjing ditajamkan dan mendapat perhatian.


Agak2 aku duduk kat kalangan anjing ni, pihak imigresen perasan ke tak ha?

Tak lama selepas itu, die mendapat kerakyatan Amerika dan macam biase...the rest is history. Setakat ini die telah menubuhkan beberapa pertubuhan seperti Pacific Point Canine Academy dan Dog Psychology Center. Bayangkan betape hebat die ni dari seorang pendatang haram dari Mexico, die telah menjadi antare orang yang terkenal kat US bertaraf celebrity lagi tu.



So, malas nak cakap banyak lagi dah, korang tengok jela show Dog Whisperer ni kat Nat Geo pukul 10 malam hari Selasa ke Rabu tah...aku pun tak ingat hari ape...huhu.

P/S: Takde Cat Whisperer ke kat luar sane, kalau ader aku nak upah ajar aku cmne nak train kucing2 aku yang agak kurang beriman tu...huhuhu

No comments:

Post a Comment