"All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing." - Edmund Burke

Tuesday, 14 June 2011

Penjelasan Isu TUNTUTAN Hasil Petroleum Kerajaan2 Negeri


Minyak oh minyak!

Dari dulu sampai skarang isu minyak tak habis2 lagi. Selalu kite dengar kat tv, kite bace blog kat internet sume ade je isu minyak ni. Kat Malaysia ni tak habis2 isu pasal tuntutan Kerajaan-kerajaan Negeri (tak kisah la yang kerajaan ke yang pembangkang...hehe...aku berkecuali...hehe) yg claim Kerajaan Persekutuan tak bagi bahagian hasil keuntungan petroleum kat Kerajaan Negeri yang Kerajaan Negeri claim minyak tu adalah hasil dorang...pastu orang ramai yang tak tahu pape sokong la yang mane dorang rase betul.

Tapi taw ke korang2 sume ni kedudukan yang sebenarnye dalam isu ni?...royalti la,wang ehsan la...taw tak?tak taw?...meh aku habaq mai kat hangpa2 semua. Sebenaqnya, kerajaan-kerajaan negeri pengeluar minyak (termasuklah semua negeri2 kat pantai timur tu, sama ade yg biru or hijau...huhu) ada tandatangan satu perjanjian dengan PETRONAS yang dalam perjanjian tu ckp kerajaan2 negeri tersebut akan dpt 5% daripada hasil petroleum yg dijumpai di negeri2 terbabit...diulangi dijumpai di negeri2 terbabit...hehe...sabar, tak habis lagi ni. Cube bace kat bawah ni sat...

"Semua negeri adalah bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua negeri yang menandatangani perjanjian dengan PETRONAS pada tahun 1975/1976 akan mendapat bayaran tunai 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai di dalam negeri berkenaan"

Mesti mcm2 persoalan yg timbul kat benak pikiran korang2 sume kan? (ntah korang paham ke tak pe yang aku post ni)...haaa ni jawapan bagi persoalan2 korang tu (izinkan aku gune ayat yg formal kat bawah naa):

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?
Istilah yang digunapakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah 'bayaran tunai' sebanyak 5% dan perkataan 'royalti' tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2.  Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras surut (Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 7 Tahun 1969).

3. Adakah mana-mana Kerajaan Negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari PETRONAS?
Mana-mana negeri di semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh demikian apa-apa hasil yang diperoleh di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?
Sebelum tahun 1974, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.



Syarikat multinasional utama Malaysia...



5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?
Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri terbabit. Sumbangan ini adalah di luar skop / bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975/1976. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

-
-
-

So ape yang aku nk tekankan kat sini adalah dakwaan oleh negeri2 terbabit (sama ada kaler hijau or biru) yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah merompak hasil negeri mereka adalah lansung tak berasas. Bagi aku diorang ni buta sejarah dan bercakap atas dasar kepentingan politik semata-mata. Dah telage minyak tu ade kat luar kawasan korang tapi korang nak claim pulak...ish2...bersyukurlah dapat gak wang ehsan tu, dari tak dapat ape-ape lagi teruk kan....

Sabah dan Sarawak pula lain kesnya, kite tak boleh pertikaikan hasil royalti minyak diorang sebab dalam perjanjian penyertaan mereka ke dalam Persekutuan Malaysia dulu, dah ade persetujuan Kerajaan Persekutuan terime syarat2 mereka. Salah kerajaan-kerajaan Negeri Semenanjung terbabit la yang tak buat perjanjian seumpama perjanjian yang Sabah dan Sarawak buat mase nk join Malaysia....kan?...lepas tu nk pertikai plak skarang?...bukak la balik buku sejarah oiii....

Aku nk tekankan lagi sekali kat sini yg aku tidak berpihak kepada sesiape pn...statement2 aku adalah berdasarkan pembacaan, dan fakta-fakta yang diperolehi oleh aku...dan judgement aku tidak bermotifkan politik,dan amatlah bebas dan suci lagi tu. Nasihat aku satu je, sebelum buat ape2 statement kaji dulu sejarah yg lepas2 kerana melalui sejarah la semua jawapan akan terjawab.

No comments:

Post a Comment