"All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing." - Edmund Burke

Thursday, 16 June 2011

Alexis Sanchez to Man Utd?

Pagi ni bukak2 website Berita Harian Online je, aku terbaca headlines kat bahagian sukan...United dapat sambar Sanchez....tuuuu diaaaa. Kat berita tu ckp Ketua Eksekutif Man Utd, David Gill da berlepas ke Sepanyol (tempat Sanchez bercuti kot sebab dia main kat Itali) untuk memuktamadkan perjanjian yang mungkin bernilai 27 juta Euro. Lepas aku bace2 abes je rupe2 nye belum dapat lagi daaa...saje wat gempak je wat headline mcm tu Berita Harian nih. Tapi kalau dapat betul2 kan bagus...hehe...pape pun aku akan update nanti.

Ok, kat sini aku nak habaq mai cket pasai si Alexis Sanchez ni:

with Chile squad at 2010 World Cup
Full Name: Alexis Alejandro Sanchez Sanchez
D.O.B: 19 December 1988 (sebaya aku...huhuhu)
Place Of Birth: Tocopilla, Chile
Height: 168 cm
Position: Winger, Forward, Striker
Clubs: Cobreloa, Udinese, Colo-Colo (loan), River Plate (loan)

Alexis Sanchez menyertai club Cobreloa pada 2004 dan dengan bakat istimewa yang die ade, die berjaya menadapat debut dengan clubnya pada tahun 2005 iaitu semasae die berusia 16 tahun menentang club Deportes Temuco. Dan die mecipta rekod apabila die menjadi pemain termuda untuk bermain di dalam kejohanan Copa Libertadores (Champions League versi Amerika Selatan) ketika mewakili Cobreloa.

ketika mewakili Cobreloa
Kemudian pada tahun 2005, hasil performance yang menakjubkan untuk Cobreloa, kelab Itali Udinese telah menyambar die untuk menyarung jersi Udinese. Satu pencapaian yang membanggakan pemain muda Chile ini. Untuk tidak menyebabkan die terkena culture shock Seria A, Udinese telah meminjamkan die ke kelab terbesar Chile, Colo-Colo. Selain daripada alasan untuk mengelakkan culture shock, manager Udinese berharap bakat Sanchez akan dipertajamkan lagi sebelum die betul2 boleh bermain untuk Udinese. Hasilnya menakjubkan, die memenangi dua gelaran liga dengan kelab Chile itu dan die adalah antara tulang belakang kejayaan Colo-Colo itu.

ketika dipinjamkan ke River Plate

Tetapi perkembangan Sanchez di Colo-Colo bukanlah tiket untuk die mendapat game pertamanya di Seria A. Manager Udinese merasakan die masih perlukan pendedahan dan perlu ditajamkan lagi sebelum die cukup matang untuk bermain untuk Udinese. Sekali lagi die dipinjamkan, tetapi bukan ke Chile tapi ke Argentina dengan kelab gergasi River Plate. Dengan River Plate, die berjaya men'establish' kan dirinya sebagai antara pemain berbahaya dan ini membuka mata pegawai2 Udinese. 

Hasilnya, pada 2008, Sanchez betul2 mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika Selatan untuk bermain perlawanan pertamanye dengan Udinese. Sejak dari game pertamenye dengan Udinese, die sentiasa menjadi pilihan utama manager Udinese di bahagian sayap sebelum die diletakkan di posisi belakang striker utama. And the rest is history...die antare player yang berjaya menarik perhatian gergasi bolasepak Eropah seperti Real Madrid, Manchester United, Barcelona, Chelsea, Liverpool dan Manchester City.

tonggak utama pasukan Udinese
Die juga merupakan tonggak untuk pasukan kebangsaan Chile terutama ketika Kejohanan World Cup 2010 di South Africa yang lalu.
Jadi, adakah perpindahannya ke Manchester United akan betul2 berlaku?...sama2 kite tunggu....huhuhuhu

P/S: kalau jadik die pindah MU mmg class la MU pasni.


No comments:

Post a Comment