Pernah tak korang malu nak bersalam dengan orang lain sebab tangan korang basah dan sejuk?
Pernah tak kertas jawapan korang basah lencun ketika menjawab soalan peperiksaan hasil daripada peluh yang keluar tanpa henti dari tangan korang?
Pernahkah anda meninggalkan jejak kat lantai akibat dari peluh yang membasahi tapak kaki anda secara melampau?
Pernah tak korang tergelincir ketika berlalri di atas lantai kerana tergelincir akibat peluh dari tapak kaki anda sendiri?
Kalau korang pernah mengalami kejadian2 seperti di atas......maka anda adalah seorang yang menghidap hyper hidrosis - atau dalam bahase melayunye perpeluhan yang melampau.
Adakah proses perpeluhan itu satu perkara yang normal?
Untuk negara yang mempunyai cuaca panas macam Malaysia ni, berpeluh adalah normal kerana proses berpeluh itu adalah proses badan kita mengawal suhunya. Apabila badan kite ni berpeluh, haba akan disingkirkan melalui proses tersebut jadi taklah kite jadi overheat nanti.
Tetapi, ada segelintir individu yang mengalami perpeluhan yang berlebihan (kadang kala diluar kawalan). Di dalam keadaan itu, gejala2 tersebutlah yang disebut hyper hidrosis.
Jenis-Jenis hiperhidrosis:
Ade dua jenis hiper hidrosis yang dipanggil primary hiper hidrosis dan juga secondary hiper hidrosis.
Primary Hiper hidrosis
Hiper hidrosis jenis ini tidak diketahui puncanya dan kejadiaanya adalah semulajadi. Bermakna individu yang mengalami masalah jenis ini akan menghidapinya kemungkinan sehingga ke akhir hayatnya. Gejala2 primary hiper hidrosis biasanya dialami di bahagian tapak tangan, tapak kaki, ketiak atau kombinasi kesemuanya.
Hiper hidrosis jenis ini adalah hampir mustahil untuk disembuhkan. Tetapi hasil penemuan menggunakan teknologi moden, terdapat beberapa cara untuk menyembuhkannya (akan diberitahu pada akhir post ini nanti).
Primary hiper hidrosis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
Palmar
Palmar hiper hidrosis bermaksud proses perpeluhan yang ekstrem di bahagian tapak tangan. Gejala jenis ini memberi impak yang sangat besar kepada penghidap hiper hidrosis kerana kebanyakan aktiviti sosial harian adalah menggunakan tangan berbanding anggota tubuh yang lain.
Antaranya adalah seperti berjabat tangan, menyiapkan kerja / paperwork (yang melibatkan kertas...korang boleh bayangkan kan?), menyentuh peralatan elektrik dan elektronik dan melibatkan diri dengan aktiviti2 sosial yang lain.
Plantar
Plantar hiper hidrosis adalah perpeluhan yang berlebihan di bahagian tapak kaki. Kebanyakan pengidap hiper hidrosis mempunyai kombinasi kedua-dua palmar dan plantar hiperdrosis. Walaupun impak plantar hiper hidrosis ni tak la sehebat palmar, tapi ia tetap mengganggu kehidupan sosial pengidapnya.
Pengidap2 plantar hiper hidrosis ini akan berasa agak2 malu untuk memakai sandal atau selipar kerana akan terdapat kesan kotoran2 basah seperti baru balik bendang (sawah) akibat campuran debu dengan habuk + pasir + kotoran kat selipar dorang (korang bayangkan sendiri). Kadang2 nak pergi rumah orang pun dorang akan rase agak malu, lebih-lebih lagi kalau kat rumah tu tak pakai karpet atau tikar. Kebarangkalian untuk tergelincir semasa turun dari tangga rumah juga amat tinggi kerana kelicinan tapak kaki yang melampau.
Facial
Gejala perpeluhan yang melampau dari bahagian muka, terutamanye dahi + pipi dan bahagian lain muka. Tapi impaknye memang tak besar pun sebab kebanyakkan orang yang normal pun selalu peluh2 kat bahagian situ.
Axillary
Ni mungkin agak geli sikit, tapi common kat manusia yang normal jugak. Auxillary istialah yang digunakan untuk proses perpeluhan yang ekstrem di bahagian celah ketiak. Ala ketiak je pun, tak la teruk mane ye tak?
Secondary Hiper hidrosis
Secondary hiper hidrosis adalah merupakan condition yang bukan dari sebab semulajadi, tetapi adalah hasil daripada tindak balas tubuh terhadap ubatan-ubatan, atau penyakit yang dialami.
Antaranya, hipertensi, diabetes, alahan kepada ubat-ubatan dan lain2 lagi. Kebanyakannya hanya mengalami gejala secondary hiper hidrosis secara sementara sahaja dan tidak memberi impak yang besar langsung kepada kehidupan seharian sesiapa yang mengalaminya.
Ade rawatan tak untuk hiper hidrosis????
Kalau korang tanye soalan ini 10 atau 20 tahun yang lalu, aku akan senang2 je cakap 'takde'. Tapi, syukur kite hadrat ilahi kerana atas izinnya sekarang ni terdapat beberapa jenis rawatan untuk mengurangkan masalah ini (malah dalam sesetengah kes menyembuhkan) hasil daripada penemuan2 menggunakan teknologi. Antare jenis rawatan nye adalah....jeng jeng jeng:
Antiperspirant
Rawatan jenis ini hanya berkesan ke atas hiper hidrosis jenis sederhana dan tidak sesuai untuk sesiapa yang mempunyai condition yang serius atau ekstrem. Antara antiperspirant yang selalu digunakan adalah dalam bentuk serbuk (bedak) dan semburan / sapuan (lebuh kurang mcm deodorant la).
Iontophoresis
![]() |
| contoh rawatan iontophoresis |
Dadah / Ubat-ubatan
Cara ini mungkin berkesan mungkin juga tak berkesan. Dalam kebanyakan kes, ia hanya memberi kesan sampingan kepada orang yang menggunakan kaedah ini. Pulaaak, nanti hiper hidrosis da elok, korang tukar pulak jadi drug addict...haha
Psychotheraphy
![]() |
| diorang panggil saye lelaki kulit katak doktor...huuuuu |
Pembedahan / Surgery
![]() |
| ade berani? |
Botulinum Toxin (Botox)
![]() |
| contoh rawatan botox untuk jenis palmar |
So, kepada sesiapa yang rase terdapat simptom2 hiper hidrosis ni, aku harap sedikit sebanyak info kat sini boleh membantu korang. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ni dan cara2 rawatan dengan lebih jelas korang boleh pergi kat http://www.wethandsclub.com/index.html.
Wet Hands Club adelah satu komuniti siber para penghidap hiper hidrosis kat Malaysia ni. Macam2 info pasal hiper hidrosis ade kat situ dan kalau korang nak bace pengalaman penghidap2 hiper hidrosis atau korang nak ceriter pengalaman korang dengan diorang korang boleh daftar kat forum diorang...ok?
P/S: yup...i'm one of them.



































