"All that is necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing." - Edmund Burke

Monday, 20 June 2011

Hyper Hidrosis: adakah anda salah seorang daripadanya?

Pernah tak korang malu nak bersalam dengan orang lain sebab tangan korang basah dan sejuk?

Pernah tak kertas jawapan korang basah lencun ketika menjawab soalan peperiksaan hasil daripada peluh yang keluar tanpa henti dari tangan korang?

Pernahkah anda meninggalkan jejak kat lantai akibat dari peluh yang membasahi tapak kaki anda secara melampau?

Pernah tak korang tergelincir ketika berlalri di atas lantai kerana tergelincir akibat peluh dari tapak kaki anda sendiri?



Kalau korang pernah mengalami kejadian2 seperti di atas......maka anda adalah seorang yang menghidap hyper hidrosis - atau dalam bahase melayunye perpeluhan yang melampau.


Adakah proses perpeluhan itu satu perkara yang normal?

Untuk negara yang mempunyai cuaca panas macam Malaysia ni, berpeluh adalah normal kerana proses berpeluh itu adalah proses badan kita mengawal suhunya. Apabila badan kite ni berpeluh, haba akan disingkirkan melalui proses tersebut jadi taklah kite jadi overheat nanti.

Tetapi, ada segelintir individu yang mengalami perpeluhan yang berlebihan (kadang kala diluar kawalan). Di dalam keadaan itu, gejala2 tersebutlah yang disebut hyper hidrosis.

Jenis-Jenis hiperhidrosis:

Ade dua jenis hiper hidrosis yang dipanggil primary hiper hidrosis dan juga secondary hiper hidrosis.


Primary Hiper hidrosis

Hiper hidrosis jenis ini tidak diketahui puncanya dan kejadiaanya adalah semulajadi. Bermakna individu yang mengalami masalah jenis ini akan menghidapinya kemungkinan sehingga ke akhir hayatnya. Gejala2 primary hiper hidrosis biasanya dialami di bahagian tapak tangan, tapak kaki, ketiak atau kombinasi kesemuanya.

Hiper hidrosis jenis ini adalah hampir mustahil untuk disembuhkan. Tetapi hasil penemuan menggunakan teknologi moden, terdapat beberapa cara untuk menyembuhkannya (akan diberitahu pada akhir post ini nanti).

Primary hiper hidrosis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

Palmar

Palmar hiper hidrosis bermaksud proses perpeluhan yang ekstrem di bahagian tapak tangan. Gejala jenis ini memberi impak yang sangat besar kepada penghidap hiper hidrosis kerana kebanyakan aktiviti sosial harian adalah menggunakan tangan berbanding anggota tubuh yang lain.



Antaranya adalah seperti berjabat tangan, menyiapkan kerja / paperwork (yang melibatkan kertas...korang boleh bayangkan kan?), menyentuh peralatan elektrik dan elektronik dan melibatkan diri dengan aktiviti2 sosial yang lain.

Plantar

Plantar hiper hidrosis adalah perpeluhan yang berlebihan di bahagian tapak kaki. Kebanyakan pengidap hiper hidrosis mempunyai kombinasi kedua-dua palmar dan plantar hiperdrosis. Walaupun impak plantar hiper hidrosis ni tak la sehebat palmar, tapi ia tetap mengganggu kehidupan sosial pengidapnya.



Pengidap2 plantar hiper hidrosis ini akan berasa agak2 malu untuk memakai sandal atau selipar kerana akan terdapat kesan kotoran2 basah seperti baru balik bendang (sawah) akibat campuran debu dengan habuk + pasir + kotoran kat selipar dorang (korang bayangkan sendiri). Kadang2 nak pergi rumah orang pun dorang akan rase agak malu, lebih-lebih lagi kalau kat rumah tu tak pakai karpet atau tikar. Kebarangkalian untuk tergelincir semasa turun dari tangga rumah juga amat tinggi kerana kelicinan tapak kaki yang melampau.

Facial



Gejala perpeluhan yang melampau dari bahagian muka, terutamanye dahi + pipi dan bahagian lain muka. Tapi impaknye memang tak besar pun sebab kebanyakkan orang yang normal pun selalu peluh2 kat bahagian situ.

Axillary




Ni mungkin agak geli sikit, tapi common kat manusia yang normal jugak. Auxillary istialah yang digunakan untuk proses perpeluhan yang ekstrem di bahagian celah ketiak. Ala ketiak je pun, tak la teruk mane ye tak?



Secondary Hiper hidrosis

Secondary hiper hidrosis adalah merupakan condition yang bukan dari sebab semulajadi, tetapi adalah hasil daripada tindak balas tubuh  terhadap ubatan-ubatan, atau penyakit yang dialami.

Antaranya, hipertensi, diabetes, alahan kepada ubat-ubatan dan lain2 lagi. Kebanyakannya hanya mengalami gejala secondary hiper hidrosis secara sementara sahaja dan tidak memberi impak yang besar langsung kepada kehidupan seharian sesiapa yang mengalaminya.




Ade rawatan tak untuk hiper hidrosis????

Kalau korang tanye soalan ini 10 atau 20 tahun yang lalu, aku akan senang2 je cakap 'takde'. Tapi, syukur kite hadrat ilahi kerana atas izinnya sekarang ni terdapat beberapa jenis rawatan untuk mengurangkan masalah ini (malah dalam sesetengah kes menyembuhkan) hasil daripada penemuan2 menggunakan teknologi. Antare jenis rawatan nye adalah....jeng jeng jeng:

Antiperspirant



Rawatan jenis ini hanya berkesan ke atas hiper hidrosis jenis sederhana dan tidak sesuai untuk sesiapa yang mempunyai condition yang serius atau ekstrem. Antara antiperspirant yang selalu digunakan adalah dalam bentuk serbuk (bedak) dan semburan / sapuan (lebuh kurang mcm deodorant la).

Iontophoresis

contoh rawatan iontophoresis

Rawatan jenis ini agak berbahaya dan leceh. Ia menggunakan kejutan yang rendah menggunakan elektrik kepada bahagian yang mengalami hiperhidrosis. Tapi ia perlu kerap dilakukan dalam tempoh masa yang singkat di mana ia secara tidak langsung mengganggu sedikit kerja2 harian kite.

Dadah / Ubat-ubatan




Cara ini mungkin berkesan mungkin juga tak berkesan. Dalam kebanyakan kes, ia hanya memberi kesan sampingan kepada orang yang menggunakan kaedah ini. Pulaaak, nanti hiper hidrosis da elok, korang tukar pulak jadi drug addict...haha

Psychotheraphy


diorang panggil saye lelaki kulit katak doktor...huuuuu

Psikoterapi ni tidak menyembuhkan hiperhidrosis, tetapi menukar mentaliti pengidap hiperhidrosis supaya dapat menerima keadaan mereka dan hidup dengan keadaan itu secara positif. (ini bukan rawatan namenye...)

Pembedahan / Surgery

ade berani?

Ini antara jenis rawatan yang sangat berkesan dan dalam sesetengah kes ia berjaya menghilangkan terus hiper hidrosis. Tapi rawatan ini amat mahal dan tak sume orang mampu nak buat. Pintasan akan dibuat pada kalenjar peluh supaya pengaliran peluh dapat dihentikan yang menyebabkan masalah berpeluh itu hilang.

Botulinum Toxin (Botox)


contoh rawatan botox untuk jenis palmar

ha jgn igt botox tu untuk tegang2kan kulit muke je yer. Botox juge boleh digunakan untuk merawat hiperhidrosi. Cara rawatan ini dikatan sangat berkesan dan sangat murah (berbanding cara pembedahan). Apabila botox disuntik (contohnye kat kalenjar peluh tapak tangan), kalenjar peluh akan menjadi lumpuh dan perpeluhan dapat dihilangkan. Dan ia boleh bertahan selama beberapa bulan.


So, kepada sesiapa yang rase terdapat simptom2 hiper hidrosis ni, aku harap sedikit sebanyak info kat sini boleh membantu korang. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ni dan cara2 rawatan dengan lebih jelas korang boleh pergi kat http://www.wethandsclub.com/index.html.



Wet Hands Club adelah satu komuniti siber para penghidap hiper hidrosis kat Malaysia ni. Macam2 info pasal hiper hidrosis ade kat situ dan kalau korang nak bace pengalaman penghidap2 hiper hidrosis atau korang nak ceriter pengalaman korang dengan diorang korang boleh daftar kat forum diorang...ok?


P/S: yup...i'm one of them.

Saturday, 18 June 2011

Arnab tanpa telinga...adakah....???

Aku taw cerite ni bukan cerite baru tapi aku still nak post jugak....hehehe

Hari tu (tak igt hari ape), aku tertengok kat tv ade briter pasal arnab yang dilahirkan cacat tanpa telinga ditemui kat Fukushima, Jepun sane. Dan arnab itu telah menggempaqkan Jepun dan dunia kerana dikhuatiri ia adalah hasil daripada nuclear radiation - akibat kebocoran radiasi di loji nuklear kat Jepun, hasil daripada gempa bumi dan tsunami baru2 ini. Tambahan pulak arnab ini lahir di kawasan yang betul terletak berhampiran dengan loji nuklear kat Fukushima tu.


hai! saye lah rabbit itu!


tengok! die takde telinge, kiter pulaukan die!
Ni aku sedut dari tube-awak (youtube): 




Berite penemuan arnab ini, telah menimbulkan spekulasi para saintis yang mengatakan ia adalah kesan daripada kebocoran loji nuklear itu - yang memberi effect radiasi ke atas rabbit itu mungkin semasa dalam kandungan ibunya. Tetapi ade juga segelintir saintis yang mengatakan arnab itu hanya mengalami kecacatan semulajadi. Walau apa pun, kecacatan arnab itu tetap menjadikan sebahagian penduduk Jepun (...dan dunia barangkali) panik kerana takutkan kesan radiasi itu akan terjadi ke atas manusia terutama oleh ibu2 mengandung yang takutkan perkara yang sama terjadi ke atas kandungan mereka (memang la, kalau aku pn panik per).

Bagi aku kejadian ini mungkin adalah peringatan kepade sesiape yang nak menggunakan loji nuklear sebagai penjana tenage. Memang la ia merupakan satu kaedah yang ideal dan menjimatkan, tapi kiter perlu membuat kajian mendalam seperti keadaan geografi dan geologi negara dan kawasan yang kite nak bina loji nuklear ni (seswai ke tak seswai). Sebagai contoh baru2 ni Indonesia dikatakan ingin membina sebuah loji nuklear untuk janakuasa tenaga tetapi lokasinya adalah betul2 dekat kawasan gunung berapi (name ape tah gunung tu aku luper...) yakni berada di kawasan yang dinamakan kawasan lingkaran api (di mane kerap berlaku gempa dan letusan gunung berapi). Persoalannye skarang neraka apekah (what the hell) die nak bine loji nuklear kat kawasan cenggitu? Aku tak paham betol.

Kalaulah satu hari berlaku gempa kat kawasan tu, bukan kew loji tu akan terjejas dan akan berlaku pencemaran radiasi. Lagi pulak negare kite antare negara yang terjejas sebab Malaysia memang betul2 dekat dengan Indonesia. Kesan radiasi ini boleh merebak melalui faktor angin dan boleh tersebar ke Malaysia anytime aku habaq kat hang. Jadi sebelum wat ape2 pikir2 lah dulu yer, kalau awak je yang terjejas kami tak kisah...ini satu Asia Tenggare pun boleh terkena radiasi taw ya pak?

Pape pun arnab kalau takde telinge pun comel jugak kan? huhu...Same ade arnab tu cacat sebab radiasi atau semulajadi masih menjadi misteri. Mungkin jugak arnab ni cacat sebaaab....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

KEJE DIE NI!!??

sorry bro, aku ingat nak gurau2 je...tak taw pulak telinge 
rabbit tu lembut...sorry wey...ong3


P/S: errr...tak mungkin keje anjing ni...huhu



Friday, 17 June 2011

Lelaki Bisikan Anjing

Ha jangan nak pikir yang bukan2 plak yer...tajuk post tu bukan sebab nak kutuk sesape....hehe

Korang pernah tgok show Dog Whisperer tak kat Nat Geo? Kalau tak pernah, aku sarankan korang tgok la, sebab show tu..................best!...haha. Aku pun tak sengaja tertengok ari tu dan tak sangke plak citer ni best.   Show ni di conduct oleh Cesar Millan pakar psikologi anjing.

Dog Whisperer mengisahkan tentang Cesar Millan sebagai pakar perunding psikologi anjing yang boleh menukarkan anjing2 yang kurang patuh dan lansung tak patuh kepada seekor anjing yang patuh, berdisiplin dan beriman. Dalam show tu die tunjuk macam mane owner2 anjing yang berhadapan dengan ketidakpatuhan hanjing ini akan memanggil Cesar Millan untuk menunjukkan cara sebenar untuk melatih anjing mereka. Dan aku nak habaq kat hangpa suma, si Cesar Millan ni memang awsomely terel dalam meng'handle' anjing2 itu dan menukarkan mereka menjadi berdisiplin dan patuh kepada tuannya.

Cesar Millan bersame anjing2 nya...
Ape yang ditunjukkan kat show tu menunjukkan kehandalan si Cesar Millan ni untuk berkomunikasi dan menyelami psikologi anjing2 yang bermasalah ini dengan mudah sekali seperti die mcm boleh bercakap dengan anjing itu (pasai tu la name show ni Dog Whisperer). Dah macam ade instinct anjing si cesar Millan ni. Tapi dalam banyak hal, Cesar tak menyalahkan anjing di atas kelakuan anjing2 tu tetapi die banyak mengatakan yang segala2 nye datang dari tuan punyer anjing tersebut;

"It’s not about the dog. It’s always about us. It’s always about the owner. It’s up to us to create an environment and circumstances in which the dog can thrive and be itself.”

Lihat, kami serupa....!

"To be happy, (dogs) basically need a good job, and good food, and a pat on the head. Americans tend to over-do on the affection and under-do on the exercise."


Dan sape sebenaqnya si Cesar Millan ni?


Name panjang beliau adalah Cesar Millan, tu jela...hehe. Dia dilahairkan di Culiacan, Sinaloa, Mexico oleh pasangan Felipe Millan Guillen (ayah) dan MarĂ­a Teresa Favela de Millan (mak). Dia mempunyai sejarah yang lama dengan haiwan, di mana dia membesar dengan suasana di kelilingi oleh haiwan di ladang datuknya di Sinaloa, Mexico. Dia di gelar El Perrero (the dog boy) oleh family membernye kerana kebolehan semulajadinya bergaul bersame anjing.


Kemudian pada umurnya 21 tahun, die secara haram telah menceroboh sempadan Amerika untuk berhijrah ke Amerika. Ish3, pendatang haram rupenye ko ni Cesar. Hanya berbekalkan semangat, tanpa boleh berkomunikasi dalam english dan tidak mengenali sesiapa di Amerika, Cesar Millan mencari rezeki di tampat baru. Die pada mulanya bekerja di sebuah kedai penjagaan anjing, di mana kerja sehariannya adalah berurusan dengan anjing2 yang ganas, liar dan tidak terlatih. Di sini kebolehan semulajadinya bekerja dengan anjing ditajamkan dan mendapat perhatian.


Agak2 aku duduk kat kalangan anjing ni, pihak imigresen perasan ke tak ha?

Tak lama selepas itu, die mendapat kerakyatan Amerika dan macam biase...the rest is history. Setakat ini die telah menubuhkan beberapa pertubuhan seperti Pacific Point Canine Academy dan Dog Psychology Center. Bayangkan betape hebat die ni dari seorang pendatang haram dari Mexico, die telah menjadi antare orang yang terkenal kat US bertaraf celebrity lagi tu.



So, malas nak cakap banyak lagi dah, korang tengok jela show Dog Whisperer ni kat Nat Geo pukul 10 malam hari Selasa ke Rabu tah...aku pun tak ingat hari ape...huhu.

P/S: Takde Cat Whisperer ke kat luar sane, kalau ader aku nak upah ajar aku cmne nak train kucing2 aku yang agak kurang beriman tu...huhuhu

Thursday, 16 June 2011

Alexis Sanchez to Man Utd?

Pagi ni bukak2 website Berita Harian Online je, aku terbaca headlines kat bahagian sukan...United dapat sambar Sanchez....tuuuu diaaaa. Kat berita tu ckp Ketua Eksekutif Man Utd, David Gill da berlepas ke Sepanyol (tempat Sanchez bercuti kot sebab dia main kat Itali) untuk memuktamadkan perjanjian yang mungkin bernilai 27 juta Euro. Lepas aku bace2 abes je rupe2 nye belum dapat lagi daaa...saje wat gempak je wat headline mcm tu Berita Harian nih. Tapi kalau dapat betul2 kan bagus...hehe...pape pun aku akan update nanti.

Ok, kat sini aku nak habaq mai cket pasai si Alexis Sanchez ni:

with Chile squad at 2010 World Cup
Full Name: Alexis Alejandro Sanchez Sanchez
D.O.B: 19 December 1988 (sebaya aku...huhuhu)
Place Of Birth: Tocopilla, Chile
Height: 168 cm
Position: Winger, Forward, Striker
Clubs: Cobreloa, Udinese, Colo-Colo (loan), River Plate (loan)

Alexis Sanchez menyertai club Cobreloa pada 2004 dan dengan bakat istimewa yang die ade, die berjaya menadapat debut dengan clubnya pada tahun 2005 iaitu semasae die berusia 16 tahun menentang club Deportes Temuco. Dan die mecipta rekod apabila die menjadi pemain termuda untuk bermain di dalam kejohanan Copa Libertadores (Champions League versi Amerika Selatan) ketika mewakili Cobreloa.

ketika mewakili Cobreloa
Kemudian pada tahun 2005, hasil performance yang menakjubkan untuk Cobreloa, kelab Itali Udinese telah menyambar die untuk menyarung jersi Udinese. Satu pencapaian yang membanggakan pemain muda Chile ini. Untuk tidak menyebabkan die terkena culture shock Seria A, Udinese telah meminjamkan die ke kelab terbesar Chile, Colo-Colo. Selain daripada alasan untuk mengelakkan culture shock, manager Udinese berharap bakat Sanchez akan dipertajamkan lagi sebelum die betul2 boleh bermain untuk Udinese. Hasilnya menakjubkan, die memenangi dua gelaran liga dengan kelab Chile itu dan die adalah antara tulang belakang kejayaan Colo-Colo itu.

ketika dipinjamkan ke River Plate

Tetapi perkembangan Sanchez di Colo-Colo bukanlah tiket untuk die mendapat game pertamanya di Seria A. Manager Udinese merasakan die masih perlukan pendedahan dan perlu ditajamkan lagi sebelum die cukup matang untuk bermain untuk Udinese. Sekali lagi die dipinjamkan, tetapi bukan ke Chile tapi ke Argentina dengan kelab gergasi River Plate. Dengan River Plate, die berjaya men'establish' kan dirinya sebagai antara pemain berbahaya dan ini membuka mata pegawai2 Udinese. 

Hasilnya, pada 2008, Sanchez betul2 mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika Selatan untuk bermain perlawanan pertamanye dengan Udinese. Sejak dari game pertamenye dengan Udinese, die sentiasa menjadi pilihan utama manager Udinese di bahagian sayap sebelum die diletakkan di posisi belakang striker utama. And the rest is history...die antare player yang berjaya menarik perhatian gergasi bolasepak Eropah seperti Real Madrid, Manchester United, Barcelona, Chelsea, Liverpool dan Manchester City.

tonggak utama pasukan Udinese
Die juga merupakan tonggak untuk pasukan kebangsaan Chile terutama ketika Kejohanan World Cup 2010 di South Africa yang lalu.
Jadi, adakah perpindahannya ke Manchester United akan betul2 berlaku?...sama2 kite tunggu....huhuhuhu

P/S: kalau jadik die pindah MU mmg class la MU pasni.


Politik Malaysia

What is politics?

Persoalan ini la yang aku selalu hadap (dalam bentuk exam) time aku blaja dulu memandangkan aku study dalam lapangan itu. Dari exam pertame sampai exam terakhir aku kat U dulu sume nyer sangkut paut politik je tak kisah la pasal political economy ke, international politic ke or domestic politic (sampai naik menyampah + nak muntah ijau dengar perkataan tu). Tapi yang pasti when we study about politics, it doesn't mean we will be a politician. Bagi aku, bile aku study politic aku dpt taw selok belok politik dan betape kotornye politik itu. Dan semestinya aku langsung tak ade cita-cita pun nk jadi ahli politik. Tapi kite tak boleh nak salahkan terma 'politik' itu semate-mate, kerana yang membuatkannya menjadi buruk adalah org2 yang bergelar 'ahli politik' itu sendiri.

Jadi ape itu politik?...banyak ahli falsafah yg memberi definisi kepada terma politik ni. Antaranye adalah the famous Greek Trio iaitu Aristotle, Plato dan Socrates. Kalau blaja politik tapi tak kenal diorang bertiga ni tak taw la. Ade banyak definisi politik ni sebenarnya dan antara yang terbaek aku rasekan adalah; a tool or process by which groups make a collective decision, a tool to manage conflict,dan a method to managing resources for the community. Tapi aku tak nak terangkan sgt definisi politik kat sini sebab lain orang lain penilaian dan penterjemahan nya kan?


Aristotle
Plato
Socrates


Yang aku nak sentuh kat sini adalah terma political animal (haiwan berpolitik),yang ditimbulkan oleh trio yang tadi tu (Aristotle terutamanye). Ape yang dimaksudkan dgn haiwan politik ni? Macam ni, according tu Aristotle (wat muke siyes), manusia ni tak banyak berbeza dengan haiwan. Cume ape yang membezakan manusia dengan haiwan adalah manusia itu pandai berpolitik.  Menururt beliau, manusia juga adalah sejenis haiwan (mempunyai sifat, naluri dan nature seperti haiwan) tetapi ia pandai berpolitik. So sebab itulah beliau mengatakan manusia itu adalah political animal (haiwan politik atau bahasa kasarnya binatang yg berpolitik). Pada pandangan Aristotle, manusia ni pada dasarnye hidup harmoni dalam kelompok mereka dan akan berkonflik apabila timbulnye sesuatu isu yang mendatangkan ketidakpuasaan hati. Dan manusia ini akan menjadi seperti haiwan dengan membuang jauh2 aspek morality untuk mencapai apa yang mereke hajati, politically.

Tapi itu semua definisi2 yang dibuat secara universal. Cube kite tengok situasi di negara kite pulak, wujud ke spesis haiwan2 berpolitik ni? Kalau wujud, dalam bentuk apekah mereka? Babi? Kerbau balau? Kucing Parsi? ataupun dalam bentuk Ayam katek?


Ini kah contoh jenis haiwan politik yang terdapat di negara kita?

Skandal seks, fitnah-memfitnah, menjatuhkan maruah peribadi lawan, rasuah dan banyak lagi salah laku haiwan2 politik kat negare kite, yang kite boleh dengar kat tv dan internet sekarang. Malah aku rase haiwan (atau bahasa kasarnye, binatang) pun tak buat semua bende2 ni. Seekor kucing tidak akan menyebarkan video seks musuhnye iaitu si anjing untuk menjatuhkan maruah anjing. Dan si babi pula tidak akan sesekali cube merasuah beruang matahari untuk mendapatkan projek yang bernilai RM berbillion-billion. Si burung hantu pule tidak akan sesekali mempergunakan/mempermainkan agama untuk meraih undi burung2 lain di hutan. Dan paling hebat, si musang langsung tidak bersifat racist/perkauman atau memilih bulu dengan begitu selambe nye die menyusukan anak si harimau belang. Dan tidak pernah kite lihat binatang-binatang kat hutan sane melakukan rusuhan dan huru-hara, malah dorang sume hidup harmoni.


Anjing pun boleh susukan anak harimau


Jadi, apakah tidak terlintas kat kepala otak kite manusia ni yang diberikan Allah akal untuk berfikir dan membezakan mane yang baik dan yang mane yang buruk? Apakah kite suke meletakkan diri kite (yang katenye sebaik-baik kejadian yang Allah jadikan) lebih teruk dari binatang? Adakah dengan perilaku-perilaku tidak bermoral itu (seperti yang disebut sebelum ini) akan menjadikan kite manusia yang lebih bertamadun?

Tidak perlu aku mention kat sini tentang kes-kes yang dilakukan oleh haiwan2 politik kat negare kite ni, banyak sangat. Tapi aku nak tanye korang di mane silapnye politik yang diamalkan oleh haiwan2 politik kat negara kite ni? Adakah disebabkan wang? Adakah disebabkan nafsu seks semate-mate? Atau adakah disebabkan perasaan hasad dengki sesame manusia?

Bagi aku ia terlampau mudah untuk menyatakan sebab2 yang aku cakap sebelum, ini sebagai punca haiwan2 politik kat negara kite ni berkelakuan sedemikian. Itu semua bagi aku adalah excuse yang paling mudah untuk mereka nyatakan. Dari ape yang aku fikirkanlah, agama is what they're lack hingga menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian. Cube pikirkan, bile kite sentiase igt kat Allah adakah kite akan melakukan perbuatan zina? Bile kite igt kat Allah, adakah kite akan rakam dan sebarkan video seks orang lain dgn tujuan menjatuhkan maruah dan menyerang peribadi? Adakah Islam menyuruh kite bersikap perkauman dgn mengagungkan2 bangsa sendiri dan pada masa yang sama menindas bangsa yang lain? kite harus igt hanya orang2 Yahudi saja yang terlampau mengagungkan bangsa mereka, adakah kite juga akan menjadi seperti mereka sehingga dilaknat oleh Allah? Dan adakah dengan mengkafirkan sesame muslim akan menjadikan kite lebih warak?

Sedarlah wahai haiwan2 politik di Malaysia semua, kembali lah ke jalan Allah. Jangan diikutkan telunjuk syaitan tu. Sedangkan binatang pun berkasih-kasihan sesame mereka inikan kite manusia yang diberikan oleh Allah akal fikiran. Ingat, anda dipilih sebagai pemimpin untuk berkhidmat kepade kami, bukan kami berkhidmat untuk anda wahai haiwan-haiwan politik semua. Situasinye adalah tuan memilih hamba, bukan hamba memilih tuan...INGAT TU!...Anda gagal menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada anda wahai haiwan politik semua, anda yang akan menjawab di hadapan Allah di akhirat nanti, Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

yang bulan ke...

yang dacing ke...

yang mate ke...

yang rocket ke...
....SEMUA SAME JE!!! HIPOKRIT!


P/S: Kadang2 aku rase lebih senang cakap ngan binatang dari cakap ngan haiwan2 politik ni, at least aku taw binatang tu tak paham ape yang aku cakap. Bukan macam haiwan2 politik ni yang paham tapi buat2 tak paham.

Wednesday, 15 June 2011

Keputusan Liga Super 2011: 14 Jun 2011

Today will be 25th matchday for Malaysian Super League (MSL)

Which mean tinggal lagi satu je game untuk semua team bermain sebelum MSL melabuhkan tirai. Macam yang kite semua tahu perebutan tangga teratas amat sengit dengan 3 team sering bertukar2 kedudukan sebelum ini iaitu antara Selangor (gua punyer fevret...hehe), Kelantan dan Terengganu. Kat bwh ni adalah jadual game dan resultnyer...


Johor FC vs Pahang

Kedah vs Negeri Sembilan

Kelantan vs Perak

Perlis vs Sabah

Selangor vs Felda United

Terengganu vs T-Team

Result:-




Johor FC (2) - (1) Pahang

Kedah (1) - (1) Negeri Sembilan

Kelantan (1) - (0) Perak

Perlis (0) - (1) Sabah

Selangor (2) - (1) Felda United

Terengganu (3) - (2) T-Team


haa...yang team kaler merah tu team yang menang la yer...nampaknyer 3 team teratas yang menjadi calon juara liga menang pada perlawanan masing2, which mean the winner of MSL will be decides at the final game at matchday 26.

Aku harap game last nanti Selangor menang then Terengganu ngan Kelantan kalah...hehe.
Kat bawah ni kedudukan liga selepas matchday 25:-


sengit wey, EPL pun tak sengit mcm ni juare ditentukan till the last game...huhu...
pape pun mari kite ramai2 mendoakan kejayaan Selangor...semoga Allah memberi kekuatan kepada wira2 Merah Kuning kite menentang Perak nanti....amin.

Tuesday, 14 June 2011

Earthquake In Northern Sumatera!

Tepat jam 8.02am 14 Jun 2011 telah berlaku gegaran / gempa bumi berukuran 5.9 skala ritcher yang menggegarkan selruh Sumatera dan turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan di utara Perak.

ni aku sedut dari internet...hehe...tapi kat area ni lah gegaran berlaku


Pada malam tadi 13 Jun 2011 iaitu pada pukul 10.55pm, berlaku gegaran berukuran 6.2 skala ritcher yang menggegarkan Laut Maluku. Jadi kejadian pagi tadi tu adalah kesinambungan dari kejadian malam tadi, aku rase lah. Mungkin berlaku pergerakan plat2 di bawah bumi kot. Tapi tu aku rase je lah, aku bkn ahli meteorologi, mane aku taw...kan3?

Jadi sesape2 yg pagi tadi kat pejabat ader rase goyang2, pusing2 kepala, pening2 sume jgn takot itu bkn sbb anda migrain, darah tinggi or kepala masuk angin jugak...tapi ia disebabkan kejadian gempa bumi ye tuan2 dan puan2. So marilah kite same2 berdoa supaya bumi Malaysia yang bertuah ini terhindar dari segala bencana alam mudah-mudahan...amin.